IPOH: Kes individu terperdaya dengan 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon nampaknya tidak bernoktah, kali ini seorang suri rumah di Taiping kerugian RM181,650 selepas menjadi mangsa sindiket itu.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 55 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas diperdaya sindiket kononnya penghantar barangan, pada Rabu lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dihubungi tiga individu berlainan pada awal Jun lepas yang memperdayanya dengan pelbagai dakwaan termasuk terbabit pengubahan wang haram.
"Mangsa menerima satu panggilan telefon daripada suspek pertama yang memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran barang dan memaklumkan ada bungkusan di dalamnya mengandungi tiga kad pengenalan, tiga pasport serta dua kad ATM yang dihantar mangsa ke Kuantan, Pahang.
"Mangsa kemudiannya bercakap dengan suspek kedua kononnya pegawai penghantaran barang yang menyatakan telah membuat satu laporan polis terhadap mangsa dan meminta mangsa merujuk laporan polis dalam aplikasi WhatsApp," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata panggilan telefon itu seterusnya disambung kepada seorang 'pegawai polis' yang memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram sebelum disambungkan pula kepada seorang pegawai atasan berpangkat 'Datuk'.
"Suspek ketiga telah membuat panggilan video dengan mangsa kononnya mengambil keterangan dan mangsa terkejut apabila dikatakan telah menjual akaun bank kepada pengurus bank pada harga RM150,000 dan mangsa menafikannya selain memberi maklumat tiga akaun miliknya untuk disemak suspek.
"Suspek keempat pula telah menghantar kononnya salinan pengesahan kewangan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta mangsa memasukkan kesemua wang simpanan mangsa ke dalam akaun yang diberikan suspek keempat jika tidak mahu wang mangsa dibekukan BNM," katanya.
Mohd Yusri berkata suri rumah itu yang dalam keadaan panik dan ketakutan telah memindahkan kesemua wang miliknya ke dalam empat akaun yang diberikan suspek keempat.
"Pengadu telah melakukan 20 transaksi kewangan ke empat akaun berbeza berjumlah RM181,650 tanpa mengesyaki dirinya telah terpedaya.
"Setelah menyedari ditipu, pengadu kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Mangsa dihubungi tiga individu berlainan pada awal Jun lepas yang memperdayanya dengan pelbagai dakwaan termasuk terbabit pengubahan wang haram. -Gambar hiasan
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud
Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Op Tiris: KPDN sita 6,000 liter minyak diesel bersubsidi
Sebanyak 6,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel yang ditemui di dalam tangki IBC dan skidtank telah disita.